Rekaan dalaman Kia Sorento bawakan perubahan besar, 'Functional Emotions'

oleh Mohamad Hanif|
Rupa sebenar luaran Kia Sorento 2021 telah pun kita lihat sebelum ini, terima kasih kepada gambar-gambar spyshot, namun bagaimana pula pembaharuan yang dibawakan di bahagian dalam?
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Kia nampaknya telah pun menerbitkan beberapa keping gambar teaser yang memperlihatkan ruang dalaman Kia Sorento 2021, dan seperti perubahan di bahagian luar, Kia turut menampilkan perubahan besar di dalam kabin. 

Lebih menarik apabila rekaan papan pemuka asal yang suram itu telah dibuang jauh dan digantikan dengan rekaan kontur yang lebih jitu, bentuk yang lebih bersegi dan penampilan yang 'rugged' sesuai dengan imej luarannya.

 


Menurut Kia, mereka membawakan bahasa rekaan 'Functional Emotions' yang mementingkan keseimbangan antara fungsi sebenar dan nilai estetik yang dipamerkan. 

Di bahagian tengah, Kia meletakkan skrin paparan bersaiz 10.25 inci yang duduk bertenggek di atas slot kawalan dan corong pendingin hawa, manakala skrin kluster digital bersaiz 12.3 inci terletak di hadapan pemandu. 

Unit kawalan iklim itu tadi turut menampakkan sebuah skrin kecil. 
 


Tiada kehadiran batang penukar gear seperti mana kebiasaan, akan tetapi Kia telah menggantikan peranan tersebut dengan sebuah penukar rotari yang biasa didapati pada kereta-kereta jenama mewah. 

Manakala sebuah lagi tombol di bawah digunakan untuk menukar mod pemanduan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis butang fungsi seperti brek parkir elektrik, pemanas stereng, penderia parkir, bantuan mula mendaki dan juga bantuan menurun cerun. 

Kia Sorento 2021 dijadualkan membuat kemunculan rasmi pada acara Geneva Motor Show Mac ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Trenkuasa plug-in hybrid yang diperkatakan ini merangkumi penggunaan enjin turbo empat silinder…
Berita Global
Salah satu daripadanya adalah penggunaan platform serba baharu yang menawarkan struktur ruang enjin…
Berita Global
Namun, Kia nampaknya sudah pun bersedia untuk melancarkan SUV saiz pertengahan tersebut dengan…