Rekaan penuh konsep Saga Knight diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64, bekas pereka Proton Design Saharudin Busri bersama pengasas Artwist.Co, Ahmad Bostami memperlihatkan secara rasmi rekaan konsep Proton Saga Knight versi futuristik dalam bentuk tiga dimensi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut rakan media Funtasticko, model konsep ini dihasilkan khusus untuk sesi webinar reka bentuk anjuran Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA) yang berlangsung hari ini.
 

Saga


Seperti yang pernah kami siarkan sebelum ini, Proton Saga Knight Concept ini merupakan rujukan kepada model Proton Saga Knight asal tahun 1989, di mana ia masih lagi mengekalkan reka bentuk bersegi sama seperti model asal.

Lebih menarik perhatian adalah kehadiran logo pertama Proton (orang gelar logo Iron Man) yang menghiasi bahagian gril hadapan, sementara unit lampu diberikan rekaan moden sebelum diakhiri dengan jalur LED melintang penuh bahagian itu.
 

Saga


Jika dilihat daripada bahagian belakang, pereka Saga Knight Concept ini masih mengekalkan rekaan aeroback Saga Knight, namun unit lampu belakang telah diberikan sentuhan yang moden mengikut tema pada bahagian hadapan.

Tema retro-moden diteruskan pada ruang kabin, di mana ia membawakan rekaan papan pemuka yang bersegi, rekaan roda stereng dua jejari, panel pintu serta tempat duduk hadapan yang mengingatkan kita kepada model asal.
 

Saga


Sentuhan moden yang diberikan adalah kehadiran skrin paparan digital melintangi penuh papan pemuka, unit kawalan suhu digital, serta kehadiran gugusan butang kawalan dan tombol berbentuk bulat di bahagian konsol tengah.

Bagi kami, tidak salah untuk Proton kembali merujuk kepada rekaan asal Saga Knight dalam membawakan model baharu, terutama bagi model berkuasa elektrik.

Ini kerana pendekatan ini sudah pun digunakan oleh beberapa buah pengeluar automotif dunia di mana mereka menerapkan rekaan retro-moden pada model-model baharu, seperti contoh Honda e, Hyundai Ioniq 5, Ford Mustang Mach-E, Renault 5, serta Nissan Z.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…
Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Menurut Daihatsu, kereta "open-top" tanpa bumbung ini sesuai untuk mereka yang suka menikmati udara…