Rekaan Punk Cat menyamai Beetle - ORA mungkin bakal hadapi tindakan dari VW

oleh Mohamad Hanif|
Kes peniruan rekaan kenderaan bukanlah satu perkara yang baharu, terutama melibatkan syarikat automotif dari pasaran terbesar dunia, China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terbaharu, Volkswagen berkemungkinan besar mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap ORA melibatkan model yang diperkenalkan di Shanghai Auto Show minggu lalu, iaitu ORA Punk Cat yang 'diinspirasikan' daripada model Beetle.

Menurut laporan Carscoops yang berjaya mendapakan maklum balas daripada Volkswagen, syarikat itu memberitahu, "kami akan memeriksa isu ini berhubung pelanggaran hak rekaan dan model utiliti yang dimiliki oleh Volkswagen AG, dan berhak mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya.

 


Volkswagen dilihat mempunyai alasan yang kukuh untuk mendakwa ORA, apatah lagi syarikat automotif Jerman itu dikesan mendaftarkan tanda dagang 'e-Beetle' pada tahun lalu.

Ia sekaligus memberikan petunjuk bahawa model ikonik Beetle itu mungkin dijelmakan kembali sebagai sebuah kereta elektrik.

Adakah VW mempunyai peluang? Mereka seharusnya mencontohi langkah yang diambil oleh Jaguar Land Rover terhadap Jiang Ling LandWind X7 yang terang-terang meniru rekaan sebenar Range Rover Evoque.

 

masih ingat kes LandWind X7?


JLR mengambil masa kira-kira tiga tahun memulakan kes pelanggaran hak cipta, dan akhirnya pada tahun 2019, Beijing Chaoyang District Court mengesahkan Jiang Ling melanggar lima aspek rekaan utama pada X7 termasuklah silhouette asas, garis bumbung, lampu utama, dan rekaan badan yang disalin secara tidak sah dan menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna.

Disebabkan itu, Jiang Ling dipaksa untuk menghentikan penjualan LandWind X7 dan perlu membayar ganti rugi kepada JLR.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada tahun 2021, Ora Lightning Cat membawakan penggayaan luaran…
Berita Global
  Berada di Eropah bermaksud bukan boleh dijual begitu sahaja, peraturan keselamatan di sana…