Rekod motosikal elektrik terpantas kini dipegang oleh Voxan Wattman - 408 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Rekod terpantas bagi kategori motosikal elektrik kini dipecahkan oleh pelumba Max Biaggi, dengan catatan kelajuan tertinggi 408 km/j.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cubaan tersebut dibuat pada tanggal 30, 31 Oktober dan 1 November yang lalu bertempat di lapangan Chateauroux, Perancis menggunakan motosikal elektrik Voxan Wattman.

Secara keseluruhannya, Biaggi dan pasukannya berjaya mencatatkan 11 rekod dunia, serta berjaya merekodkan kelajuan tertinggi 254 batu sejam (408 km/j) di dalam proses ujian tersebut!

 


Trenkuasa yang digunakan pada motosikal elektrik ini lain daripada yang dijangkakan, ini kerana ia menggunakan motor elektrik dan sistem kawalan yang diperoleh daripada jentera lumba Formula E Mercedes-Benz EQ!

 


Rekod yang dicatatkan oleh Max Biaggi boleh dirujuk menerusi senarai di bawah:


¼ batu, flying start, partially streamlined: 394.45 km/h (245.10 mph) – tiada rekod terdahulu
¼ batu, flying start, non-streamlined:       357.19 km/h (221.95 mph) – tiada rekod terdahulu
1 km, flying start, partially streamlined:    386.35 km/h (240.07 mph – rekod terdahulu: 329.31 km/h (204.62 mph)
¼ batu, standing start, non-streamlined126.20 km/h (78.42 mph) – tiada rekod terdahulu
¼ batu, standing start, partially streamlined: 127.30 km/h (79.10 mph) – rekod terdahulu: 87.16 km/h (54.16 mph)

1 km, standing start, non-streamlined:       185.56 km/h (115.30 mph) – tiada rekod terdahulu
1 km, standing start, partially streamlined: 191.84 km/h (119.20 mph) – rekod terdahulu: 122.48 km/h (76.11 mph)
1 batu, standing start, non-streamlined:      222.82 km/h (138.45 mph) – tiada rekod terdahulu
1 mile, standing start, partially streamlined: 225.01 km/h (139.81 mph) – tiada rekod terdahulu