Remaja 13 tahun buat 'kerja sambilan' pandu lori RORO ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
Remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ketika memandu lori Roll On Roll Off (RORO) di Persiaran Mokhtar Dahari, di Shah Alam.


Remaja itu ditahan ketika pihak anggota JPJ sedang melakukan rondaan kira-kira jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya, berkata anggota bertugas mengesan kenderaan berat tanpa muatan itu dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan dipandu remaja lelaki bersama abangnya berusia 15 tahun sebagai kelindan.

"Selain memandu bawah umur, kita turut mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) serta tiada tanda had laju," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori RORO milik syarikat keluarganya.

"JPJ bertindak menyita lori terbabit mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kenderaan itu dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok untuk tindakan lanjut," katanya.

Khairul Khar menegaskan memandu di bawah umur boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 APJ 1987.

"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Dua pengusaha feri - Labuan Mainland Link Sdn Bhd (LML) dan Juta Bonus Sdn Bhd- telah menjual…
Informasi
  Kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu berlaku ketika feri tersebut membawa muatan…
Berita Domestik
  Dua lagi perusahaan berkaitan yang turut dipertanggungjawabkan atas pelanggaran yang sama ialah…