Remaja ditahan memandu Supra milik bapa sehingga 212 kmj!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Memandu laju boleh jadi menyeronokkan dan juga berbahaya pada masa yang sama, terutamanya bagi golongan muda yang masih belum cukup pengalaman untuk mengendalikan sesebuah kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi kebanyakan pihak terutamanya pihak berkuasa seperti polis, pelbagai inisiatif yang telah diwujudkan bagi memberi kesedaran terhadap bahaya yang dihadapi apabila memandu secara membabi buta dan laju.

Bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai, Orange County Sheriff's di Florida baru-baru ini telah berkongsikan video dimana seorang remaja berusia 16 tahun ditahan memandu Supra milik ayahnya pada kelajuan 132 mph (212 kmj)!

Di Orange County, saman bagi melebihi had laju 48 kmj juga termasuk kehadiran mahkamah mandatori dan denda $354 (RM1,620).

Jika melebihi melebihi had laju 80 kmj pula , denda akan meningkat sehingga $1,100 (RM5,034), di mana pemandu boleh ditangkap dan kenderaan akan disita.

Dalam video itu, Koperal Greg Rittger menerangkan mengapa pemandu berusia 16 tahun itu ditahan dan meminta dia menghubungi ibu bapanya.

Apabila ibu bapa remaja itu tiba, Koperal Greg menunjukkan kepada mereka kelajuan pada senapang radar dan menceritakan kepada mereka bagaimana dia menghentikan seorang lagi remaja berusia 16 tahun 10 tahun lalu, yang memandu Ford Mustang.

Koperal Greg menceritakan bahawa dia juga telah memberi amaran kepada pemandu itu dan ibu bapanya bahawa Mustang bukan kereta sesuai untuk usianya, tiga minggu kemudian, remaja yang memandu Mustang itu melanggar pokok dan mati.

Untuk kes terkini melibatkan remaja yang memandu Supra itu, Koperal Greg kemudiannya menerangkan tentang denda dan kehadiran mahkamah mandatori kepada ibu bapa remaja tersebut.

Menurut Seargent Gerald McDaniels yang juga dari Jabatan Syerif Orange County, kesalahan memandu melebihi had laju merupakan kejadian yang berlaku dalam golongan pemandu muda.

Untuk pemandu-pemandu di Malaysia juga, tidak kira di kalangan orang muda atau tua, kebanyakan kemalangan disebabkan oleh pemanduan secara melulu dan laju hingga ada yang menyebabkan kematian.

Terutama sekali kemalangan yang melibatkan kenderaan dengan tahap keselamatan yang lemah dan tidak selamat untuk digunakan.

 

Sumber: X Orange County Sheriff's

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
Berita Global
  Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota…