Rempuh 14 kenderaan, pemandu lori di penjara enam tahun, denda

oleh Penyumbang Rencana|
foto kejadian/foto kecil pemandu lori (warga asing)
Seorang lelaki yang memandu sebuah lori dan merempuh 14 kenderaan dalam kejadian di Jalan Duvanson, berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau, Putatan, dijatuhkan hukuman penjara dan denda di Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.

Tertuduh yang juga warga asing berusia 56 tahun itu turut disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi masa di negara ini.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata, tertuduh adalah individu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan 15 kenderaan pada 28 Februari lalu.

Kemalangan berlaku membabitkan sebuah lori, 11 kereta, dan sebuah motosikal di hadapan SK Tansau, Putatan, di mana 14 kenderaan itu diletakkan di kedua-dua sisi jalan menunggu untuk mengambil anak-anak selepas sekolah.

Lori tersebut telah dihantar ke Puspakom Kota Kinabalu untuk pemeriksaan dan mendapati silinder brek tayar kiri gandar ketiga bocor dan pedal brek juga keras, kedua-duanya menjejaskan fungsi brek lori tersebut secara kritikal.

"Mahkamah mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kerana memandu secara cuai dan menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun serta didenda RM6,000, jika gagal bayar tambahan hukuman enam bulan penjara.

"Tertuduh juga disabit kesalahan Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi masa setelah pas visa mansuh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, dalam kes berkaitan, mahkamah turut menjatuhkan hukuman kepada seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun kerana menggaji tertuduh tanpa dokumen.

"Majikan tersebut dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 55 (b) (1) Akta Imigresen 1959 kerana mengambil pekerja asing tanpa dokumen," katanya.

 

DailyExpress

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Bagi Fasa 1B pula, baki 19 pakej kerja sedang dilaksanakan dengan status kemajuan semasa 3.06…
Berita Domestik
"Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah menandatangani memorandum untuk menyatakan komitmen…
Berita Domestik
Difahamkan, mangsa adalah Team Prostreet KB dari Brunei. Sementara itu, RCO Motorsport Club dalam…