Rempuh kedai stesen minyak, pemandu warga asing selamat

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu wanita warga asing secara tidak sengaja merempuh premis kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bandar Bandar Baru Bangi, tengahari semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian 2.20 petang, wanita berusia 33 tahun itu masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual lalu menghidupkan enjin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Bagaimanapun, tanpa disedari kenderaan berkenaan masih dalam gear dan bukan free (neutral) menyebabkan kenderaannya melonjak ke hadapan dan melanggar cermin kaca kedai lalu merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan," katanya ketika dihubungi.

 

Kedai itu mengalami kerosakan cermin hadapan manakala kenderaan itu juga turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan tetapi pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

 

Harian Metro

 

Mohd Zaid turut menasihat pemandu agar berhati-hati terutama di kawasan yang berisiko selain berkata, pengusaha stesen minyak juga mungkin perlu memikirkan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan premis kedai dirempuh kenderaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…