Rempuh kenderaan elak ditahan polis, pemandu Waja berjaya larikan diri

oleh Mohamad Hanif|
Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya bertindak ganas merempuh beberapa kenderaan di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian itu yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi apabila suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun dalam keadaan kenderaan dinaiki terkepung.

Saksi kejadian berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari tadi apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta model Proton Waja.

"Bagaimanapun dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandu kereta itu sebaliknya menekan minyak dan merempuh lori yang berada di hadapannya.

"Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah," katanya.

Menurutnya, suspek yang cuba merempuh anggota polis menyebabkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.

Malah kereta penjenayah turut mengundur dan merempuh beberapa kenderaan lain,

"Saya rasa anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya.

"Malah penjenayah akhirnya berjaya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit," katanya.

Berdasarkan maklumat, kereta penjenayah akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai.

"Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran," katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada Ahad lepas melibatkan anggota Balai Polis…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesan kemalangan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata kereta peronda…