Rempuh koperal Safwan: Reman pemandu mabuk disambung tiga hari lagi

oleh SALINA JALIL|
Pemandu Toyota Hilux yang merempuh Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Ahad lalu, disambung reman selama tiga hari bermula semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Safwan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda itu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, permohonan sambung semula reman itu dibuat ekoran tempoh empat hari reman sebelum ini tamat semalam.

 

"Suspek berusia 44 tahun itu disambung reman bermula semalam sehingga 8 Mei ini untuk siasatan lanjut kes berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan kes itu disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.

 

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…