Rempuh polis - Penunggang motosikal Yamaha 150 ZR ditahan

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Seorang lelaki ditahan selepas gagal memberhentikan motosikal ditunggangnya dan melanggar seorang anggota polis ketika operasi 'snap check' di Jambatan Sultan Yahya Petra, di Kota Bharu semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika tujuh anggota polis trafik termasuk mangsa sedang melakukan penguatkuasaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, anggota menahan motosikal Yamaha 150 ZR ditunggang suspek berusia 22 tahun, namun dia tidak mengendahkannya dan melanggar seorang daripada anggota yang berada di bahu jalan ketika cuba melarikan diri.

 

"Akibat pelanggaran itu, suspek dan anggota terjatuh dan mengalami kecederaan. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

"Pemeriksaan pada badan suspek tidak menemui sebarang sebarang barang salah dan suspek yang juga nelayan tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan kenderaan sudah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Susulan itu, Shuhaimi berkata, suspek direman selama empat hari dan kenderaannya disita.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1947.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…