Rempuh sekatan JPJ: Penunggang 125ZR tiada lesen, LKM tamat tempoh, tiada insurans, dua senarai hitam aktif

oleh Mohamad Hanif|
Lesen memandu tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu kompeten, serta memiliki dua senarai hitam aktif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itu merupakan kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal berusia 25 tahun yang merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Pihak JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan penunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana lesen kenderaan tamat tempoh pada 18 Julai 2012, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten manakala motosikalnya disita.
 

jpj


“Satu laporan polis telah dilakukan dan penunggang motosikal tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” menurut kenyataan itu.

Tular video berdurasi lima saat memaparkan seorang anggota JPJ dirempuh suspek, yang dipercayai cuba melarikan diri, ketika bertugas dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson pada kira-kira 11 pagi sehingga menyebabkan mangsa terpelanting dan kepalanya terhantuk.

Difahamkan anggota JPJ itu telah mendapat rawatan di Hospital Port Dickson dan berdasarkan keputusan imbasan Sinar X, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius serta dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

Berita penuh: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Yamaha 125zr Go! edisi pelumba MotoGP, Valentino Rossi yang dikeluarkan khas pada 2003 itu dijual…
Berita Domestik
Seorang pelajar politeknik berputih mata selepas motosikal jenis Yamaha 125ZR miliknya dilarikan…