Rempuh tiga penunggang motosikal, pemandu dibebas dengan jaminan - Polis

oleh Penyumbang Rencana|
Pemandu kereta yang disiasat merempuh enam penunggang motosikal ketika berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah bahu akibat kemalangan berkenaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata polis telah selesai merekodkan keterangannya pada Ahad berhubung kejadian itu.

"Keputusan saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan negatif penggunaan dadah namun ujian alkohol mendapati tahap alkohol dalam badannya melebihi paras dibenarkan.

"Selain itu, polis juga selesai mengambil keterangan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu saksi kejadian tampil membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Ahad lalu, tiga penunggang motosikal dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya NKVE arah selatan dekat Petaling Jaya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 5.59 pagi dengan tiga penunggang motosikal itu maut di lokasi kejadian manakala tiga penunggang yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…