Renault mahu tutup kedai fizikal, fokus jualan dalam talian di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada program penstrukturan semula operasi di Eropah, Renault mahu melepaskan pemilikan sebahagian daripada pusat pameran dan pengedaran kenderaan di Perancis dan memfokuskan kepada penjualan dalam talian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu siaran media, Renault menjelaskan ia merupakan salah satu langkah demi mengurangkan kos operasi sebanyak 2 billion euro dalam masa tiga tahun akan datang. 

Sebagai permulaan, 10 buah pusat pameran akan dijual di Perancis untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang yang lebih menguntungkan dan mempersiapkan diri ke arah jualan dalam talian. 

Ketika ini, Renault Retail Group yang merupakan syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Renault Group yang merangkumi kira-kira 275 buah pengedar dan 12,000 orang pekerja di 14 buah negara Eropah.

Kumpulan merupakan syarikat pengedaran automotif kedua terbesar di Eropah, dan bertanggungjawab memasarkan kenderaan-kenderaan Renault, Dacia dan juga Nissan yang merangkumi 35 peratus penjualan di Perancis dan 20 peratus di benua Eropah. 

Tatkala Renault mengambil langkah penjimatan kos, pesaingnya PSA Group dalam satu pengumuman mahu mencari kira-kira 1,300 orang pekerja untuk syarikat subsidiari runcitnya. 

PSA Retail beroperasi lebih daripada 270 buah lokasi di 10 negara Eropah dan memiliki lebih daripada 10,000 orang pekerja. 

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…