Renault MEGANE R.S 280 Cup dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
TC Euro Cars (TCEC) telah melancarkan model sporty segmen C terbaharu iaitu Renault Megane R.S 280 Cup semalam, bertempat di ibu pejabat mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Renault MEGANE R.S. serba baharu kini juga lebih berkuasa dengan enjin baharu bersama sistem pacuan pengecas turbo. Enjin empat selinder bersesaran 1.8 liter (1,798cc) mampu menghasilkan kuasa 280PS pada 6,000rpm dengan tork puncak 390Nm, angka yang menjadikannya antara yang terbaik dalam kelasnya kerana kuasa pecutan dari 0-100km/j dalam masa cuma 5.8 saat, dengan kelajuan tertinggi mencecah 255 km/j (250 km/j untuk auto).

 

pic 1 megane

 

Sistem stereng empat roda 4CONTROL Renault juga diperkenalkan di mana ia merupakan yang pertama seumpamanya di dalam segmen ini, dan ini pasti memberikan kelincahan apabila mengambil selekoh-selekoh tajam dan menghayati keseronokan mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. 

 

Terdapat lima mod pemanduan diberikan untuk dipilih mengikut kesesuaian mood pemandu itu sendiri; Comfort, Normal, Sport, Race dan Perso (personalisasi mengikut rentak pemandu itu sendiri).

 

MEGANE R.S ini juga direndahkan sebanyak 5mm berbanding dahulu dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19 inci dan ini memberikan gambaran sporty pada model ini.

 

 

Pada bahagian lampu pula, sistem lampu LED multi-reflektor RS Vision didatangkan sebagai satu ciri standard pada model ini, dengan reka bentuk berkotak-kotak (chequered flag), ia turut dilengkapi dengan sembilan unit lampu LED pada setiap blok dan sistem itu menggabungkan ke empat-empat fungsi lampu berprestasi tinggi termasuk lampu sisi, lampu isyarat membelok, lampu kabus dan lampu tinggi.

 

Bahagian kabin dalaman pula, ia masih ringkas dengan bahagian tempat duduk dari jenis fabrik berwarna hitam beserta jahitan benang merah. 

 

 

Harga anggaran Renault MEGANE R.S. serba baharu dengan chasis Cup dan transmisi automatik Efficient Dual Clutch (EDC) ialah:

 

- Transmisi Manual RM279,888 (Anggaran harga)
- Transmisi Auto EDC  RM299,888 (Anggaran harga)

 

Semua harga yang dinyatakan di atas adalah di atas jalan termasuk SST, tanpa insurans. Tambahan harga RM1,000 untuk warna putih Mutiara (Pearl White) dan RM8,000 untuk oren (Orange Tonic) & kuning (Liquid Yellow).

 

Sesi pandu uji akan diadakan di bilik pameran Renault Petaling Jaya bermula pada bulan Ogos 2019 (transmisi manual sahaja). Mereka yang berminat untuk memandu uji boleh membuat permohonan lebih awal menerusi laman web www.renault.com.my

 

Renault MEGANE R.S. serba baharu didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Ia disokong oleh 18 Pusat Servis Sah Renault di Semenanjung Malaysia untuk kemudahan para pelanggan. 

 

pic 2 megane

 

10 pelanggan pertama yang menempah Renault MEGANE R.S. serba baharu sebelum 31 Mei 2019 akan menikmati percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Perancis. Ini termasuklah pengalaman melawat kemudahan Renault Sport yang tidak boleh dibeli dengan wang di Dieppe, Perancis.

 

Video ringkas sekilas pandang ada di bawah ini:

 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Seperti yang diumumkan pada tahun lalu, Renault Zoe didatangkan dalam dua varian utama, iaitu Zoe…
Model Terbaharu
Untuk rakyat Malaysia yang berminat, pendaftaran minat kini telah pun dibuka atau boleh berkunjung…
Pelancaran
Untuk model tahun 2021, Renault Koleos membawakan perubahan dari segi penampilan lampu utama LED…