Renault Mégane R.S. 300 dan R.S. Trophy 2020, muskular dan garang

oleh Muhammad Md Tajudin|
Renault Mégane R.S. Trophy
Renault Mégane R.S. Trophy
Ini hatchback menawan dan garang buatan Perancis, Renault Mégane R.S. 300 dan R.S. Trophy yang diperbaharui dan ditawarkan bermula Ogos 2020 di United Kingdom.

Sebagai imbasan, Renault Mégane RS Trophy-R pada 5 April 2019 mencatat masa 7:40.100 di Nurburgring seterusnya menjadi kereta produksi pacuan roda depan terpantas di litar itu.

Perubahan yang pada R.S. 300 dan R.S. Trophy dibuat tidak banyak dan masih mengekalkan gaya muskular. 

Di antaranya ialah lampu utama LED penuh, dan lampu LED signatur di belakang. Perubahan ini dibuat selaras dengan Renault Mégane yang turut diperbaharui pada masa sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Renault Mégane R.S. Trophy

 

Pada bahagian dalam, kedua-dua varian dilengkapi Paparan Maklumat Pemandu TFT saiz 10 inci dengan paparan tersuai (custom) Renault Sport.

Walaupun sebuah hatchback berprestasi, Renault melengkapi dua varian ini dengan sistem audio premium BOSE sembilan pembesar suara.

Turut dilengkapi sistem navigasi EasyLink 9.3 inci dengan radio DAB, sambungan Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto.

Pengesan parkir di pasang pada bahagian depan dan belakang manakala kamera pandang belakang mempunyai perlindungan pada bahagian tepi kereta (flankguard).

 

Renault Mégane R.S. Trophy

 

Kelengkapan tersebut adalah tambahan kepada Mégane R.S. 300 sedia ada seperti kit badan penuh R.S, sistem stereng 4Control 4-wheel, R.S. Drive, roda aloi 18 inci R.S, kawalan suhu dua zon, kad kunci bebas tangan Renault.

Lagi ciri standard ialah lampu utama LED R.S. Vision dengan lampu isyarat bersepadu berbentuk C, Amaran Penukaran Laluan, pengecaman isyarat lalu lintas dan sistem pembrekan kecemasan.

Untuk pembeli Mégane R.S. baharu, mereka boleh menaik taraf kepada spesifikasi Trophy.

Di antara ciri pada varian itu ialah brek dengan dua bahan (bi-material), roda aloi R.S Trophy 19 inci, stereng R.S balutan kulit Nappa berliang dan sarung tombol gear, kerusi fungsi pemanas, monitor R.S dan casis Cup.

Kerusi Renaultsport dengan balutan Alcantara dan sulaman merah adalah ciri standard dan pembeli ditawarkan pilihan kerusi lekuk (bucket seat) Recaro.

 

Renault Mégane R.S. Trophy

 

Dari segi kuasa, varian berprestasi Mégane R.S. mempunyai perbezaan dan begitu juga dengan harga seperti berikut:

 

Model

Kuasa 

(hp)

Tork

(Nm)

0-100km/j 

(saat)

Kelajuan

(km/j)

Harga

Mégane R.S. 300

300

400

5.7

261

£30,895/

RM168,369

Mégane R.S. 300 EDC

300

420

5.7

254

£32,495/

RM177,088

Mégane R.S. 300 Trophy

300

400

5.7

261

£34,895/

RM190,168

Mégane R.S. 300 Trophy EDC

300

420

5.7

261

£36,495/

RM198,887

 

Untuk peminat tempatan, versi sedia ada di pasaran ialah Mégane R.S. 280 Cup yang dijual pada harga RM270,088.89 untuk enam kelajuan manual dan RM288,218.05 bagi transmisi enam kelajuan EDC automatik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Renault Mégane R.S. Trophy