Renault pamer Zoe EV baharu di Indonesia - Malaysia senyap sunyi

oleh HEZERI SAMSURI|
Seraya dengan usaha kuat Indonesia untuk menjadi kuasa EV baharu di Asean dan bertanding dengan Thailand, Renault membawa Zoe model terkini ke IIMS Hybrid (Indonesia International Motor Show Hybrid) yang sedang berlangsung sekarang sehingga 25 April.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pameran automotif yang berlangsung secara offline dan juga online (anda boleh melawatnya di laman web IIMS) itu menampilkan beberapa kenderaan EV dari jenama-jenama utama demi untuk menyahut usaha Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Pak Jokowi yang mahukan negara itu bertukar ke arah mesra EV.

Zoe model terkini sebenarnya lebih kepada facelift yang besar, dengan perubahan drastik kepada ruangan kabin dan paling penting, bateri dan sistem-sistem baharu yang menjadikan ia lebih cekap.

Ia datang dengan bateri 52 kWh yang mampu berjalan sejauh 395 km

Tidak ada harga jualan diberikan kerana Renault masih belum melancarkannya secara rasmi di sana.

Malaysia sebenarnya adalah negara pertama di Asean yang mempunyai program EV, dan pelancaran Nissan Leaf serta Renault Zoe generasi pertama menjadi bukti.

Namun begitu, sehingga ke hari ini, tidak ada apa sebarang pengumuman baharu dibuat kecuali jualan-jualan kenderaan berenjin petrol atau diesel yang semakin meningkat, menandakan negara dalam keadaan yang aman, damai dan tenteram untuk selama-lamanya.

Adalah amat merugikan sekiranya usaha EV Malaysia tidak diteruskan secepat mungkin kerana setiap hari kita boleh melihat negara-negara jiran berusaha keras untuk mewujudkan ekosistem EV mereka dan juga perancangan untuk mengeksport produk dan komponen EV.
 

* Laporan dari OtoDetik.com

 

http

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…