Bergantung kepada spesifikasi, Renault Zoe yang dibawa masuk untuk pasaran tempatan ini boleh didapati dengan kuasa setinggi 135 PS dan daya kilas 245 Nm, dengan pek bateri lithium-ion 52 kWh yang membenarkan jarak gerak sejauh 395 km (data WLTP).
Renault Zoe turut menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW yang membolehkan bateri dicas penuh dalam tempoh tiga jam, serta pengecasan pantas DC 50 kW di mana tempoh tersebut boleh dipendekkan kepada 70 minit sahaja (pengecasan 0-80% SoC).
Kelengkapan standard termasuklah sistem pencahayaan LED penuh, rim bersaiz 16 inci, penderia parkir depan dan belakang, sistem infotainmen EASYLINK tujuh inci dengan enam pembesar suara, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta lima pilihan warna menarik.
Harga jualan Renault Zoe 2022 untuk pasaran Malaysia bermula dari RM163,000 atas jalan tanpa insurans.
Sumber: Renault Malaysia