Renault Zoe Riviera Limited Edition - 300 unit untuk pasaran UK, harga dari RM190k

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran UK, Renault baharu sahaja melancarkan EV edisi khas yang dinamakan sebagai Zoe Riviera Limited Edition, dengan angka produksi dihadkan sebanyak 300 unit sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara kemaskini yang dibawakan pada Zoe Riviera Limited Edition termasuklah rim bersaiz 16 inci, layangan warna midnight blue metallic serta jalur badan berwarna putih.
 

Zoe


Spesifikasi Zoe Riviera Limited Edition ini adalah berdasarkan trim premium Zoe GT Line, di mana ia mendapat kelengkapan standard seperti lampu LED, penderia parkir belakang, kamera undur, ciri parkir bebas tangan, serta ciri keselamatan seperti bantuan kekal laluan, brek kecemasan automatik, pengehad kelajuan, serta kawalan jelajah.

Ruang kabin pula mendapat kelengkapan pendingin hawa automatik, skrin paparan digital 10 inci, sistem infotainmen 9.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, serta upholsteri gabungan fabrik dan kulit  sintetik.
 

Zoe


Trenkuasa Zoe terdiri daripada motor elektrik 133 hp, serta pek bateri berkapasiti 52 kWh yang membolehkan pergerakan sejauh 383 km.

Harga jualan Zoe Riviera Limited Edition bermula dari £34,795 (RM204,507), namun dengan geran plug-in dari kerajaan UK bernilai £2,500 (RM14,694), harga jualan sebenar Zoe Riviera ini hanyalah sekitar £32,295 (RM189,813).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Zoe generasi pertama dilengkapi dengan bateri litium-ion 22 kWj LG Energy Solution, generasi…
Berita Global
Namun, hayat Zoe nampaknya tidak begitu bertahan lama apabila Renault dilapor membuat keputusan…
Model Terbaharu
Untuk rakyat Malaysia yang berminat, pendaftaran minat kini telah pun dibuka atau boleh berkunjung…