Renault Zoe Van - EV mesra perniagaan kecil sederhana, jarak operasi 394 km

oleh Mohamad Hanif|
Renault baharu sahaja melancarkan sebuah lagi varian untuk kereta elektrik kecil Renault Zoe yang sesuai digunakan untuk sebagai kenderaan perniagaan kecil, dikenali sebagai Renault Zoe Van.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia membawakan dimensi yang serupa dengan Zoe EV, namun dengan tempat duduk yang telah dibuang, dan ruang belakang pemandu itu kini mampu memuatkan barang sehingga 1,000 liter!
 


Sebagai sebuah kereta mesra SME, ruang tersebut turut dipasang dengan penghadang yang memisahkan antara ruang kargo dan pemandu, lantai getah, serta cangkuk pengikat, manakala cermin pintu belakang telah digelapkan bagi melindungi barangan daripada pandangan pihak luar. 

Secara keseluruhannya, berat yang mampu ditampung oleh Renault Zoe adalah sekitar 387 kg sahaja.
 


Spesifikasi trenkuasa elektrik juga masih sama, dengan motor elektrik tunggal yang menghasilkan 107 kuasa kuda, serta pek bateri 52 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 394 kilometer mengikut data kitaran WLTP. 

Prestasi pecutan Renault Zoe Van pula adalah sekitar 11.4 saat dari 0-100 km/j, manakala pecutan 0-50 km/j pula mampu dicapai dalam tempoh 3.9 saat sahaja. 
 


Para pemilik perniagaan boleh mendapatkan opsyen pengecasan pantas 50 kW yang menawarkan pengecasan dari sifar ke 80 peratus kapasiti bateri dalam masa 1 jam 10 minit, manakala pengecasan 30 minit pula cukup untuk menambah jarak sehingga 145 km. 

Namun, secara standard Renault Zoe Van didatangkan dengan kabel pengecasan type-2 yang mampu mengecas penuh pek bateri selama tiga jam menerusi pengecasan 22 kW. 
 


Renault Zoe Van akan ditawarkan di pasaran UK dalam dua trim, iaitu Business dan Business+. 

Varian Business ditawarkan dengan kelengkapan standard seperti kluster digital 10 inci, sistem infotainmen 7 inci, sambungan peranti pintar kepada Apple CarPlay dan Android Auto, lampu LED, serta kawalan pelayaran. 

Sementara varian Business+ pula didatangkan dengan kelengkapan tambahan yang merangkumi navigasi satelit, slot pengecasan nirwayar, penderia parkir belakang, kamera undur, kawalan iklim automatik, dan upholsteri yang diperbuat daripada 100% bahan kitar semula. 
 


Harga jualan di UK pula bermula dari £19,380 (RM103,806), serta lengkap dengan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 160,934 km (yang mana terdahulu), serta jaminan pek bateri selama lapan tahun atau 160,934 km. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…