Rentas daerah atau negeri masih tidak dibenarkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Perjalanan merentas daerah atau negeri masih tidak dibenarkan menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail yang berada di Kuantan semalam ketika membuat lawatan ke Pusat Vaksinasi di dewan jubli intan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan semalam.

Perjalanan merentas sempadan dan negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dan kesemua negeri masih berada di bawah kedua-dua fasa tersebut.

Beliau memberikan amaran dan merayu kepada semua pihak agar tidak membuat perjalanan pulang ke kampung ketika perayaan Aidil Adha minggu hadapan.

Pergerakan menghala ke negeri-negeri pantai timur, terutama Kelantan telah meningkat sejak semalam.

Dari sumber-sumber Careta, kenderaan yang mempunyai keluarga masih mampu merentas sempadan negeri kerana mereka mendapat kebenaran dari pihak polis.

Permit CIMS dari MITI pula hanya untuk pekerja-pekerja yang tersenarai di dalam kod QR yang ada pada surat kebenaran tersebut, dan pihak berkuasa boleh memberi kompaun sekiranya penumpang atau ahli keluarga yang tidak tersenarai ada di dalam kenderaan.

Kod QR itu hanya boleh dibaca oleh pihak berkuasa yang diberikan kata laluan khusus.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor, tindakan itu diputuskan setelah negeri itu telah…
Berita Domestik
  Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang…
Berita Global
  "Jika kita tunggu sehingga segalanya selesai, ia mungkin terlalu lewat.   "Selain itu,…