Rentas daerah/negeri untuk tujuan kerja tidak perlu kebenaran polis - MITI

oleh Mohamad Hanif|
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan pergerakan merentas negeri atau daerah bagi tujuan kerja tidak memerlukan surat kebenaran polis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Berita Harian, Kementerian itu menerusi laman rasmi Twitter memberitahu dokumen yang diperlukan hanyalah surat MITI, surat majikan serta pas pekerja.

"Surat MITI ini juga tidak perlu dicop oleh PDRM. Rakan sekerja kami di PDRM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga maklum," tambahnya lagi.

Kenyataan ini dibuat selepas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran PDRM di seluruh negara tidak dibenarkan sehingga 6 Jun ini.

Namun begitu, syarikat dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi perlu  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam pada itu, surat COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) yang sedia ada boleh digunakan namun MITI menyarankan pekerja memuat turun surat baharu bagi mengelakkan isu berbangkit dengan pihak berkuasa.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan…
Berita Domestik
  Katanya, ia kemudian menjangkiti orang lain termasuk saudara mara sebelum mereka turut disahkan…
Berita Domestik
Perjalanan merentas sempadan dan negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan…