Rentas negeri cuma untuk melancong ke Langkawi sahaja dibenarkan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kebenaran merentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanyalah bagi program Gelembung Pelancongan Langkawi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dalam kenyataan pada Rabu, pelancong domestik ketika ini dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2 dan ke atas dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kenyataan tersebut merujuk kepada keputusan Sidang Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Sept (2021).


Ismail Sabri berkata, pembukaan pusat-pusat pelancongan dan pulau-pulau serta aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

 

"Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja mendapat satu tarikh yang bersesuaian," menurut Motac.

 

Setakat semalam sebanyak 85.1 peratus populasi dewasa telah menerima vaksinasi lengkap.

 

 

-Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Bapa saudara kanak-kanak itu yang berusia 25 tahun menerima rawatan di zon merah hospital sama…
Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, dalam kejadian jam 2.40 petang, pesawat  jenis Beechcraft Model 390…
Berita Domestik
Menurut Harian Metro, kereta mewah itu sedang dicari dalam operasi khas SPRM yang dijalankan…