Rentas negeri dibenarkan mulai esok (11 Oktober 2021)

oleh Mohamad Hanif|
Aktiviti rentas negeri kini dibenarkan mulai esok (11 Oktober 2021) bagi mereka yang telah lengkap vaksinasi tanpa memerlukan kebenaran polis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah berikutan kadar vaksinasi dua dos vaksin bagi populasi dewasa kini telah mencapai 90 peratus, menurut Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob.

Kebenaran ini turut termasuk bagi pergerakan untuk tujuan dan aktiviti pelancongan, namun kebenaran tersebut tidak terpakai bagi pergerakan ke kawasan atau lokaliti yang tertakluk di bawah PKPD

Beliau turut mengingatkan supaya rakyat Malaysia sama-sama mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Dalam masa yang sama, DS Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pihak polis akan melakukan pemeriksaan secara rawak meskipun tiada lagi sekatan jalan raya dilaksanakan.

Kebenaran pergerakan ini turut diberikan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin membuat perjalanan ke luar negara tanpa memerlukan permohonan MyTravelPass seperti amalan terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…