RENTAS NEGERI: RUMAH BANYAK KENDERAAN PDRM AKAN PANTAU MENJELANG AIDILFITRI

oleh Penyumbang Rencana 2|
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan meronda dan memantau kediaman yang terdapat jumlah kenderaan yang banyak bagi memastikan tidak ada yang membuat pergerakan rentas negeri terutama menjelang sambutan Aidil Fitri.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah itu akan berterusan sehingga selesai sambutan perayaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kita akan buat macam tahun lepas jugak strategi kita, kita akan buat pemeriksaan di rumah-rumah, kalau kita tengok banyak sangat kereta kat umah tu, maka kita akan pergi check, ada tak surat kebenaran untuk balik dan sebagainya.

“Jangan seronok ingat boleh lepas. Polis tidak akan berdiam diri dan akan sentiasa melakukan rondaan,” katanya.

datuk seri abd rahim menerangkan mengenai taktik rentas desa

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Buku 69 Komando: Lahad Datu Mac 2013 di Dewan 1 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (Pga) Ulu Kinta, di Ipoh hari ini.

Ujar Datuk Seri Abd Rahim, ramai yang mengambil kesempatan melakukan rentas negeri ketika anggota polis tidak dapat bertugas di sekatan jalan raya (SJR) semasa hujan lebat.

Katanya, ada juga yang mengambil peluang ketika anggota polis berlindung dari ribut kuat untuk melakukan rentas negeri. 

Justeru tegas beliau, pihak berkuasa akan menggunakan pendekatan membuat semakan di kediaman bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) dipatuhi.

Menurut Datuk Seri Abd Rahim, persiapan menjelang sambutan hari raya Aidil Fitri juga sedang dijalankan bagi memastikan masyarakat mematuhi sop yang ditetapkan.

 


Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar