Restomod Dodge Charger 1969 ini guna platform moden Dodge Challenger 2016!

oleh Mohamad Hanif|
Model yang dipamerkan dalam artikel kali ini merupakan antara restomod yang unik, ini kerana ia sebenarnya menggandingkan dua zaman automotif yang berbeza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bak kata Wahid Senario dalam filem Lagi-lagi Senario, 'Luar setinggan, dalam macam kondo!'.

Ya, dari segi luaran, anda sememangnya kenal dengan reka bentuk kereta otot (muscle car) Dodge Charger 1969 yang dah terkenal dipandu oleh watak botak Dominic Toretto di dalam francais Fast and Furious.

 


Namun, disebalik panel badan yang gagah perkasa itu, ia sebenarnya menampilkan platform yang jauh lebih kukuh dan moden, iaitu Dodge Challenger SRT Hellcat 2016!

Dan bila nama SRT Hellcat tertera, sudah pasti enjin 6.2 liter bentangan V8 dengan bantuan induksi pengecas lampau (707 hp) tidak dilupakan, namun diberikan beberapa modifikasi seperti header long-tube Kooks, sistem ekzos bespoke 3 inci bagi membolehkan enjin tersebut menghamburkan kuasa setinggi 890 hp.

 


Ia dipadankan dengan transmisi ZF 8HP90 automatik lapan nisbah kelajuan, sementara sistem gantungan kereta ini menerima naiktaraf gegelung KW Variant.

Dari segi luaran, beberapa perincian dibuat seperti hud kustom dengan skup udara besar, bumper yang direka semula, lampu utama yang lebih moden, set rim CW SP551 serta layangan warna khas 'Strangler Green'.

 


Cuma di bahagian dalam, ia membawakan kembali susunan papan pemuka daripada Hellcat, termasuklah tempat duduk dengan ciri pemanasan dan penyejukan, dan sistem navigasi, serta tambahan sangkar keselamatan kustom.

Ia akan dijual menerusi acara lelongan Mecum Auctions yang akan berlangsung bermula 7-16 Januari dengan harga anggaran bermula dari $480,000 - $500,000 (RM1.93 juta - RM2.011 juta).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model tersebut dibina berdasarkan sambutan ulang tahun Mitsuoka Motor yang ke-55 tahun sejak ia…
Berita Global
Unit terakhir sedan Dodge Charger yang keluar dari kilang merupakan unit Scat Pack Widebody yang…
Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…