“Retail of the Future” tingkatkan pengalaman pemilikan Mercedes-Benz di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Mercedes-Benz telah mencipta cara baharu untuk memiliki sebuah kereta baharu, menyediakan pelanggan dengan pengalaman membeli bersepadu sepenuhnya di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelanggan kini boleh membeli Mercedes-Benz baharu secara langsung melalui hujung jari di atas talian yang menawarkan perkhidmatan lebih telus dan mudah.

Meningkatkan pengalaman pembelian premium, pelanggan kini boleh bertukar dengan mudah antara Mercedes-Benz Store atau rangkaian pengedarnya, untuk sebarang urusan termasuk kontrak pembelian secara atas talian.

Pengenalan model agensi itu bertujuan untuk membawa proses pembelian lebih lancar kepada pelanggan dengan satu harga terbaik yang ditawarkan untuk model pilihan mereka.

 

2

 

Ia turut menawarkan pelanggan lebih kebebasan untuk memilih daripada rangkaian produk tanpa mengira lokasi atau saluran mereka, sekaligus memenuhi keperluan dalam era digital.

Pelanggan akan terus mendapat manfaat daripada rangkaian perkhidmatan yang komprehensif di melalui rakan kongsi runcit dan pengedar Mercedes-Benz termasuk jualan, pilihan pembiayaan fleksibel, penyelenggaraan, pembaikan ,serta alat ganti tulen dan sokongan jaminan.

Sementara itu, rakan kongsi runcit dan rangkaian pengedar Mercedes-Benz akan terus mewakili jenama itu sebagai pakar dan duta, untuk menawarkan rangkaian produk mewahnya kepada para pelanggan.

Pelanggan kini boleh layari laman web Mercedes-Benz Store untuk memilih dan membeli model Mercedes-Benz baharu dari rangkaian produk yang ditawarkan.