Retro Havoc 2019 tawar Toyota Starlet KP61 sebagai hadiah utama!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Speedy Sabel selaku penganjur acara tahunan pertunjukan kereta klasik dengan kerjasama PEKEMA dengan bangganya membawakan kepada anda acara Retro Havoc yang kini memasuki tahun keenam penganjuran. 

Acara Retro Havoc ini bakal menempatkan kira-kira 550 buah kenderaan, termasuklah penyertaan daripada peserta Singapura dan Thailand seramai 60 buah kereta. 

Terdapat 18 kategori yang dipertandingkan yang akan diadili oleh juri-juri professional seperti:

  • Daijiro Inada (Option Magazine, Jepun)
  • Shoji Inoue (Starroad, Jepun)
  • Akira Iida (Pelumba rasmi Toyota Gazoo Racing)
  • Ron Celestine (Speedhunters)
  • Ichiraku Toshiya (1048 Japan)
  • Lulut Retro (Kustomfest Indonesia)
  • Classicracer Team (Hong Kong)
  • Jeiven T. Perez (Sushi Factory Filipina)

 


Harga tiket kemasukan bagi setiap pengunjung hanya bernilai RM10 sahaja, dan anda berpeluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Toyota Starlet KP61 yang telah menjalani resto-modifikasi dengan spesifikasi original kilang!

Selain daripada itu, hadiah sampingan juga tidak kurang menariknya seperti tiket penerbangan ke Tokyo Auto Salon 2020, set rim Atara Racing serta lima buah hadiah misteri bakal menanti pengujung bertuah. 

Bertempat di lokasi yang sangat strategik iaitu Kompleks BRT Sunway, pengunjung boleh memilih untuk berkunjung menaiki sistem pengangkutan awam sedia ada. 

Jadi, kosongkan hujung minggu anda pada 30 Mac 2019 ini untuk menghadiri acara Retro Havoc 2019 yang pastinya lebih menarik dan lebih kepelbagaian model yang akan dipamerkan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganjuran ROWW di Malaysia menggunakan platform Retro Havoc yang kini memasuki tahun penganjuran…
Berita Domestik
Menggunakan sebuah Toyota Corolla AE86 atau lebih dikenali dengan nama Hachiroku di kalangan…
Gaya Hidup
Dengan adunan pelbagai jenis elemen seperti jentera, musik, budaya, fesyen, bundle, bmx  serta…