Rezvani Beast - Jentera buas kalis peluru, 1000 HP!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat automotif yang berpangkalan di California, US, Rezvani baru-baru ini telah mendedahkan hasil terbaharunya yang dikenali sebagai Beast, dengan harga dari USD485 ribu (RM2.3 juta).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda mengikuti perkembangan Rezvani, syarikat itu sering menghasilkan kenderaan dengan modifikasi berat yang diasaskan dari beberapa model popular.

 

2

 

Hasil terbaharunya ini menampilkan Beast, yang diasaskan dari Chevrolet Corvette C8 yang telah diubah suai sepenuhnya, terutama sekali pada bahagian luaran.

Dari segi kuasa, ia masih menggunakan nadi V8 LT2 6.2 liter namun telah dipertingkatkan dengan turbo berkembar yang kini mampu menghasilkan sehingga 1000 HP dan 1194 Nm!

 

3

 

Naik taraf enjin yang lain tidak dinyatakan, bagaimanapun nadi V8 itu masih dipadankan dengan transmisi automatik DCT 8 kelajuan.

Menurut Rezvani, angka prestasi baharu itu membolehkan Beast memecut 0-100 kmj dalam masa 2.5 saat sahaja, di mana ianya turut dibantu oleh pengurangan berat melalui penggunaan komponen badan dari gentian karbon.

 

4

 

Modifikasi besar yang pastinya dapat dilihat melalui penampilan, di mana rekaan luarannya kini lebih agresif bersama badan gentian karbon.

Seperti ciptaan Rezvani yang lain, Beast turut ditawarkan dengan beberapa pakej naik taraf untuk meningkatkan lagi daya penarik bagi yang mahukan kelainan.

 

5

 

Dengan tambahan USD45 ribu (RM215 ribu), Rezvani menawarkan tambahan pakej "007", hadir dengan topeng gas, pintu elektrik, lampu strob, siren, kit pertolongan cemas, dan beberapa barang lain yang menjadikan anda seakan-akan James Bond.

Bagi meningkatkan lagi tahap kekebalan jentera itu, ia juga boleh dilengkapi dengan perisai yang menjadikannya kalis peluru, namun dengan tambahan sebanyak USD55 ribu (RM262 ribu) lagi.

 

6

 

Dengan tambahan pakej "007" dan perisai kalis peluru, jumlah keseluruhan Rezvani Beast mencecah sehingga USD585 ribu (RM2.7 juta).

Dan walaupun anda memiliki duit yang mencukupi, anda mungkin perlu berebut dengan mereka yang lebih kaya kerana Rezvani hanya merancang untuk menghasilkan 20 unit sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda mahukan sesuatu yang unik, pastinya anda mahukan sebuah kenderaan yang jarang digunakan…
Berita Global
Pembuat supercar dari Amerika Syarikat, Rezvani Motors melancarkan model terbaharu mereka – Beast…