"Kami memang sudah lama bersedia untuk memperkenalkan RFID di LPT, seperti apa yang kami lakukan untuk lebuhraya KL-Karak.
Namun begitu, situasi di LPT adalah sedikit kompleks kerana AFA hanya bertanggung-jawab untuk LPT 1, iaitu laluan dari Lanchang sehingga ke Jabor," jawab Radzimah.
"Kami sekarang cuma menunggu untuk Laluan LPT 2 dari Jabor ke Kuala Trengganu (Kuala Nerus) bersedia untuk sistem tersebut," katanya lagi.
Projek LPT ialah sebuah lebuhraya ke pantai timur sepanjang 433 km dan pembinaan bermula pada tahun 2001.
Laluan LPT 1 mula dibuka kepada umum pada tahun 2004 dan diselenggara oleh ANIH Berhad (kini AFA Prime).
LPT 2 pula siap dalam tahun 2015 dan diletakkan di bawah penyeliaan PLUS Berhad.
Seperti lebuhraya-lebuhraya yang lain, LPT 1 dan 2 terletak di bawah penguatkuasaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di mana LLM bertindak untuk mengawal, menyelaras dan memberi khidmat nasihat kepada syarikat - syarikat konsesi dalam urusan pelaksanaan rekabentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan lebuh raya bagi pihak kerajaan.