Ribuan hadir sesi temuduga Tesla Malaysia di Cyberjaya

oleh Mohamad Hanif|
Ribuan orang ramai membanjiri pejabat Cyberview Sdn Bhd semalam (Sabtu) untuk menghadiri temuduga kerja kosong yang dibuka oleh Tesla Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Astro Awani, sesi temuduga itu diadakan bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4 petang, namun seawal jam 10.00 pagi lagi ribuan orang sudah mula beratur sehingga menyebabkan kesesakan.

Tesla Malaysia sebelum ini mengiklankan pengambilan pekerja untuk operasi ibu pejabat yang pertama di Malaysia.
 

teska


Lima jawatan kosong dibuka kepada orang awam, iaitu penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.

Ini  merupakan susulan kepada pengumuman pembukaan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla di sini, setelah pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan elektrik bateri (BEV) ke negara ini.

 

Sumber: Astro Awani