Riders Aid Singapore dan Leeman Ventures anjur konvoi amal ke Stadium Sultan Ibrahim

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada 10 September lepas, satu konvoi amal ke Stadium Sultan Ibrahim anjuran Riders Aid Singapore dan Leeman Ventures telah diadakan bagi menghantar sumbangan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumbangan tersebut telah disalurkan melalui pasukan bola sepak JDT, di mana ianya bakal digunakan untuk membawa kanak-kanak kurang bernasib baik menyaksikan perlawanan bola sepak JDT.

 

3

 

Puluhan motosikal berkuasa tinggi dari Singapura telah memeriahkan acara konvoi amal itu, di mana mereka turut melakukan beberapa aktiviti menarik di sekitar Stadium Sultan Ibrahim.

Peserta yang menyertai konvoi tersebut berpeluang merasai pengalaman berharga menaiki limosin Hummer milik JDT, serta lawatan melihat Stadium Sultan Ibrahim.

 

2

 

Akhir sekali, para peserta konvoi turut menerima beberapa cenderahati seperti t-shirt, sijil penyertaan dan juga pelekat untuk motosikal.