Rifat Sungkar ketuai cabaran kendali Triton T1 di AXCR 2022

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Mitsubishi RALLIART hari ini secara rasmi mengumumkan barisan pemandu yang bakal menggalas tugas untuk mengendalikan trak pikap rali Triton T1 pada acara rali Asia Cross Country Rally (AXCR) November ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mendapat sokongan teknikal penuh daripada Mitsubishi Motors Corp Jepun, cabaran AXCR 2022 tahun ini diketuai oleh tidak lain dan tidak bukan, Hiroshi Masuoka.

Ya, jika anda pernah dengar nama ini, bermakna kita sama-sama tua.
 

AXCR


Hiroshi Masuoka merupakan salah satu pemandu rali handalan Jepun dan pernah memenangi kejuaraan Rali Dakar pada tahun 2002 dan 2003, dan kini merangkap jawatan sebagai pengarah Teams Mitsubishi RALLIART.

Berikut merupakan senarai pemandu pasukan Mitsubishi RALLIART untuk AXCR 2022:
 

AXCR


1. Rifat Sungkar

Rifat Sungkar, salah seorang daripada pemandu rali terkenal di Indonesia diberikan tugas untuk menjadi pemandu utama cabaran AXCR tahun ini.

Membuat kemunculan sulung di kejuaraan rali nasional pada tahun 1996, beliau berjaya meraih tempat kedua di dalam Sprint Rally Championship pada tahun yang sama, serta pemenang Sprint Rally Championship pada tahun berikutnya.

Rifat Sungkar berjaya meraih podium pertama di dalam World Rally Championship (WRC) 2012 di Perancis di dalam kategori Group-N.

Tahun 2019 dan 2021, Rifat menyertai Sprint Rally Championship dan mendapat keputusan podium pertama dengan jentera Mitsubishi XPANDER AP4.

Tahun ini, Rifar menyertai National Rally Championship bersama-sama jurupandu arah M. Redwan dengan jentera XPANDER AP4.

Co-driver: Chupong Chaiwan

Bermula 1997 lagi, Chupong telah menyertai pelbagai jenis acara termasuklah Asian Rally di Kuala Lumpur, AAM 4x4 pada tahun 2019 di Malaysia, Maruti Suzuki Dakshin Dare 2012 di India.

Beliau berpengalaman di dalam Asia Cross Country Rally dengan meraih tempat ketiga secara keseluruhan pada tahun 2014, dan tempat kedua pada tahun 2015.
 

AXCR


2. Chayaphon Yotha

Memiliki pelbagai pengalaman di dalam sukan rali sejak 2012, termasuklah Toyota Motorsport, Thailand Super Series, TWC Cross Country Rally, RAAT Thailand Endurance Championship International, Thailand Autocross Championship serta yang terbaharu rali endurasn T1 Open Idemitsu 12HR.

Selain sukan rali, beliau juga turut menyertai Thailand Super Series' Supercar GTC dan Porsche Spirit Trophy untuk dua tahun berturut-turut (2019-2020).

Co-driver: Peerapong Sombutwong

Biarpun berusia 51 tahun, minatnya terhadap sukan rali tidak pernah padam.

Beliau mula menyertai sukan ini pada tahun 1991 ketika masih lagi menuntut di universiti, berjaya memenangi pelabgai kejuaraan termasuklah International Rally of Thailand (King Cup) 2004, Australian Safari 2012, serta pernah memenangi AXCR antara tahun 2014 hingga 2019.
 

AXCR


3. Sakchai Hantrakul

Dengan lebih 30 tahun pengalaman berlumba, tidak menghairankan apabila beliau sebelum ini berjaya menjadi juara dalam pelbagai program termasuklah Mitsubishi Gymkhana Challenge RALLIART Cup 1989, Pennzoil Rally Championship (Group A) 1991, Singha Thailand 4x4 Rally Championship 2004 dan RAAT Thailand Rally Championship 2022.

Pernah menyertai Rali Dakar pada tahun 1996, Sakchai amat arif dengan kenderaan Mitsubishi dan yakin dengan keupayaan pasukan ini untuk berdepan cabaran AXCR November ini.

Co-driver: Kittisak Klinchan

Salah satu pelumba rali Thailand yang masih aktif dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi sebelum ini termasuklah Thailand Grand Invitation Challenge, F2 Thailand Rally Championship 1300 cc (2014-2015), F2 Thailand Rally Championship Super 1600 cc (A,B), TWC Thailand Cross Country Rally Championship dan F2 Thailand Rally Championship Super 4WD.
 

AXCR


Sebagai makluman, Asia Cross Country Rally (AXCR) merupakan acara rali rentas negara terbesar dianjurkan di Asia.

Dengan titik permulaan di Thailand, AXCR akan merentasi pelbagai negara di rantau ini termasuklah Malaysia, Singapura, China, Laos, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.

AXCR menyediakan cabaran yang bakal menguji kemahiran peserta dan pasukan yang bertanding dengan gandingan bentuk muka bumi yang pelbagai, termasuklah kawasan bergunung, hutan, paya, sungai, padang pasir, jalan berkerikil dan litar khas, ditambah pula dengan perubahan cuaca yang tidak dapat diduga di Asia.
 

AXCR


AXCR 2022 akan bermula dari Buriram berdekatan dengan sempadan Kemboja pada 22 November 2022, di mana setiap peserta akan menempuh jarak sejauh 1,700+ km hingga ke garis penamat di Siem Rap yang menempatkan salah satu daripada tapak warisan dunia UNESCO, Angkor Wat pada 26 November.

Baca: Kami korek rahsia Triton T1 AXCR 2022 - Standard tapi...

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Jentera rentas negara prototaip Mitsubishi Triton T1 yang dipandu oleh Chayapon Yotha berjaya…