Rim kunci tengah BMW M Performance untuk BMW M2

oleh Muhammad Md Tajudin|
Rim kunci tengah BMW M Performance
Rim kunci tengah BMW M Performance
BMW M2 hadir dengan reka bentuk berbeza daripada model M4 atau M3. Bentuk jeriji depan tidak lonjong dengan bahagian depan dan belakang bersegi.

Di pasaran tempatan M2 yang dilancar pada Januari 2023 ditawarkan pada harga sekitar RM600,000 dan lebih RM640,000 untuk M2 Pro Package.

Keluar dari bilik pameran, enjin M TwinPower 3.0 liter menghasilkan 460 kuasa kuda (hp) dan tork 550Nm. Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 4.1 saat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
BMW M Performance centrelock wheel

 

Jika rupa M2 tidak memuaskan hati, kit M Performance dengan spoiler tinggi, sirip tepi dan ekzos menjadi sos cili untuk tampil lebih menyengat.

Satu daripada perkakasan menarik dan jarang ditawarkan bahagian permotoran atau pemasaran pengeluar ialah rim kunci tengah (centrelock).

Rim jenis itu dilihat terlalu berlebihan untuk kereta jalanan dan BMW M mempunyai pendapat berbeza.

Kini rim kunci tengah BMW M Performance ditawarkan untuk M2. Set itu berbeza daripada Pro Package yang dibekalkan rim 930 M Black atau M Bicolour pada model asas.

 

BMW M Performance centrelock wheel

 

Rim tempa (forged) itu asalnya diperkenalkan bersama edisi terhad 50 unit BMW 3.0 CSL pada November 2022 sempena ulang tahun ke-50 BMW M.

Rim kunci tengah digunakan untuk kereta lumba kerana dapat menjimatkan masa dan hentian pit lebih pendek.

Berbanding lima nat, kru pit hanya perlu memasang dan menanggalkan rim melalui pengunci tengah.

 

BMW M Performance centrelock wheel

 

Ikatan 930Nm pula memastikan rim melekat dengan kemas pada hab roda.

Dari segi reka bentuk, rim M Performance tampil menarik kerana setiap bilah berkembar bentuk Y mempunyai tebukan atau liang dan membantu dalam mengurangkan berat.

Jarak di antara bilah juga besar dan seperti yang selalu disebut, mudah untuk dicuci.

 

BMW M Performance centrelock wheel

 

Rim kunci tengah M Performance tidak dibuat khusus untuk M2 dan turut ditawarkan kepada pemilik M3 dan M4 dalam saiz 19 inci pada bahagian depan dan 20 inci di belakang.

Rim warna kusam Jet Black dipadan bersama tayar 275/35 ZR19 di depan dan 285/30 ZR20 di belakang.

Berkenaan harga, rim yang cantik ini ditawarkan pada 12,000 euro (RM61,008).

 

BMW M Performance centrelock wheel

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin