Rimac bakal gandakan tenaga jurutera untuk tahun 2023

oleh Penyumbang Rencana|
Hypercar elektrik kelahiran Croatia yang berkembang pesat, Rimac Techology telah memulakan kempen untuk meningkatkan saiz pasukan kejuruteraan Britishnya. Perkara itu seperti yang dijanjikan oleh pengasasnya Mate Rimac pada lawatannya ke UK tiga tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setakat ini, Rimac Technology memiliki 51 orang jurutera yang bekerja di lokasi sementara terletak di Warwick, mereka menyasarkan untuk menggandakan saiz kumpulan itu apabila berpindah ke lokasi tetap di UK pada 2023.

Pengasas Rimac, Mate Rimac berkata, "Tahap bakat kejuruteraan di UK menjadikannya lokasi yang sangat penting untuk perniagaan kami semakin berkembang. Ini adalah strategi jangka panjang untuk kami."

 

Rimac


Rimac menghargai usaha jurutera British dengan kepintaran tinggi dan keupayaan tertentu untuk memacu inovasi tanpa memerlukan sokongan OEM yang besar.

Selain jurutera di Warwick, Rimac Technology mempunyai 100 orang jurutera di Wellesbourn dalam program Project 3 Mobility syarikat itu, ianya sebuah usaha yang maju bertujuan untuk menghasilkan bukan sahaja banyak barisan kereta autonomi tetapi rangkaian sokongan kegunaan di bandar.

Sumber: Autocar

Penulis: Ahmad Danial Yasin