RinSpeed MetroSnap Concept - sistem pod modular yang boleh membawa penumpang atau kargo

oleh Mohamad Hanif|
Menghasilkan satu kenderaan yang serba boleh bukanlah tidak pernah dilakukan, terdapat beberapa contoh yang telah diperlihatkan sebelum ini di mana sebuah pelantar boleh bertukar menjadi dua atau tiga mod pengangkutan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

RinSpeed tidak ketinggalan mahu memperlihatkan konsep yang dinamakan sebagai MetroSnap yang merupakan sistem mobiliti modular dibina atas pelantar papan selaju dan mampu membawa penumpang atau barangan kargo pada satu-satu masa. 

 


Modul yang digelar sebagai pod ini boleh ditukar dalam masa beberapa saat sahaja dan ia membolehkan syarikat mempelbagaikan portfolio daripada membawa penumpang di siang hari, dan membawa kargo di malam hari. 

Pod yang digunakan boleh dikustom mengikut keperluan semasa, malah RinSpeed turut membayangkan ia boleh digunakan sebagai pejabat pos bergerak atau trak makanan yang biasa didapati di tepi jalan!
 


Seperti yang disebutkan, platform MetroSnap merupakan sebuah casis papan selaju dengan motor elektrik diposisikan di gandar belakang. 

Ia berkemampuan untuk bergerak sepantas 85 km/j di mana ia bukanlah satu masalah besar apabila sebahagian daripada laluan terdiri daripada jalan-jalan di bandar besar. 

Menggunakan pek bateri berkapasiti 12.2 kWh, MetroSnap mampu beroperasi sejauh 130 kilometer untuk sekali cas penuh. 
 


Pek bateri ini diintegrasikan di dalam pod, jadi kenderaan akan senantiasa berada di dalam keadaan cas penuh setiap kali pod ditukar. 

Pemanduan MetroSnap dikawal sepenuhnya oleh sistem pemanduan autonomi dan dibantu dengan sistem penderia LiDAR selain menampilkan ciri sistem stereng dan brek berbantu untuk menjamin keselamatan. 
 


Dari segi luaran, MetroSnap hadir dengan rim bergaya bersaiz 18 inci, lampu LED yang mampu memaparkan simbol amaran kepada jalan, dan sistem paparan nombor pendaftaran digital. 

Ruang dalaman pula dilengkapkan dengan skrin papan digital, sistem pencahayaan mengikut mood yang boleh diubahsuai serta tempat duduk yang diperoleh daripada pesawat Boeing 737.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rinspeed pula mengambil pendekatan yang sama dalam menghasilkan MicroSNAP, konsep kenderaan…