Rinspeed MicroSNAP - kereta konsep swapandu dengan ciri rekaan badan modular

oleh Mohamad Hanif|
Konsep modular bukanlah suatu perkara yang asing oleh kerana ia sebenarnya merupakan kelaziman industri automotif masa kini yang mampu menghasilkan pelbagai produk daripada platform tunggal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Rinspeed pula mengambil pendekatan yang sama dalam menghasilkan MicroSNAP, konsep kenderaan swapandu  berkuasa elektrik dengan rekaan panel badan atas yang boleh ditukar mengikut keperluan dan kehendak semasa. 

Konsep MicroSNAP ini lebih kurang serupa jika dibandingkan dengan rekaan trak pikap, terdiri daripada casis utama yang menyokong beban dan badan kabin yang dicantumkan ke atas casis itu sendiri.
 


Casis tersebut digelar sebagai "Skateboard" manakala badan "Pods" pula hadir dalam pelbagai rekaan badan yang boleh ditukar-tukar seperti rekaan van penumpang, muatan sejuk beku, atau muatan kargo biasa yang terletak di stesen hentian yang dikawal sepenuhnya oleh robot.

Sebagai contoh, sekiranya terdapat permintaan untuk mengangkut penumpang, stesen autonomi ini tadi akan menukar Pods dengan reka bentuk ala van penumpang ke atas Skateboard dan seterusnya teksi swapandu tersebut akan dihantar ke tempat yang diminta.

Setelah selesai, teksi swapandu MicroSNAP tadi akan pulang semula ke stesen utama untuk dicas semula dan sistem komputer akan menukarkan badan berbentuk van tadi kepada badan lain sekiranya terdapat permintaan pengedaran barangan ke tempat yang berbeza. 

Menurut Rinspeed, MicroSNAP masih lagi di dalam fasa lukisan konsep dan sebarang kemungkinan yang wujud di dalam pemikiran anda mungkin akan diterjemahkan kepada realiti suatu hari nanti. 

Nampak menarik bukan? 

Sumber: TopGear

Berita Berkenaan

Berita Global
RinSpeed tidak ketinggalan mahu memperlihatkan konsep yang dinamakan sebagai MetroSnap yang…