RIP Skyline: Sedan digugurkan, generasi baharu bakal jadi SUV elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Sukar untuk kita terima kenyataan terdapat nama-nama yang dulunya sinonim dengan simbol prestasi kini bertukar menjadi nama umum untuk model crossover/SUV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti contoh, kereta sports Mitsubishi Eclipse kini menjadi Eclipse Cross, Ford Mustang boleh didapati dalam versi Mustang Mach-E, dan yang terbaharu Nissan yang dilapor mahu mengabadikan kembali nama Skyline pada model SUV.

Berdasarkan laporan terkini daripada Best Car Web, selepas jualan generasi sedia ada berakhir tahun 2025, generasi ke-14 Nissan Skyline akan berubah sepenuhnya menjadi crossover elektrik.
 

Ariya


Ia bukanlah sebuah model baharu yang dibangunkan sepenuhnya, memandangkan Nissan merancang untuk menggunakan EV Ariya sebagai asas kepada model Skyline elektrik ini.

Terdahulu, laman web Jepun itu melaporkan terdapat tiga perancangan yang dibuat oleh Nissan untuk model sedan Skyline generasi baharu.

Mungkin sekali disebabkan pasaran sedan yang semakin mengecil, Nissan kemudian membuat keputusan untuk menghentikan terus penawaran sedan serta enjin pembakaran dalaman sekali.
 

Ariya


Berbanding model Ariya yang boleh didapati dalam versi 389 hp, Skyline SUV ini diberitakan mempunyai angka kuasa kuda melebihi 400 hp daripada sepasang motor elektrik, serta pecutan 0-100 km/j di bawah julat lima saat.

Tidak ramai yang tahu, Nissan sebelum ini pernah membuat kerja gila dengan menggunakan nama Skyline pada sebuah crossover pada pertengahan tahun 2009.
 

skyline


Nissan Skyline Crossover itu merupakan versi tukar lencana daripada model Infiniti EX, dan hanya ditawarkan eksklusif di pasaran Jepun sahaja.

Buat masa ini, berita berkenaan Skyline menjadi SUV masih lagi belum disahkan.

Sebagai makluman, pesaingnya Toyota bakal melancarkan Crown versi SUV (atau nama rasminya Crown Sport) pada tahun ini, diikuti dengan model Century SUV yang kini sedang dalam pembangunan.  

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…
Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…