Ripsaw EV3-F4 2020 untuk dibawa pulang - harga dari RM1.78 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Nama EV3-F4 bukanlah sebuah kenderaan elektrik, sebaliknya ia merupakan sebuah kereta kebal mewah yang mampu memenuhi impian mereka yang mahu ke mana jua dan menawan muka bumi dengan cara yang tidak konvensional.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah unit Howe & Howe Ripsaw EV3-F4 kini sedia untuk dibawa pulang menerusi laman web Hemings Auction dengan bidaan semasa kini mencecah $425,000 (RM1,780,750).

Apa yang best pasal Ripsaw EV3-F4 ni?
 

Ripsaw


Pertama, ia merupakan produk yang lahir dari dunia tentera dan boleh dimiliki oleh pemilik persendirian.

Kedua, meskipun ia tidak memiliki kelengkapan persenjataan macam dalam Fast & Furious, EV3-F4 ini masih lagi mempunyai kelengkapan taktikal yang tersendiri seperti kamera 360 darjah, sistem penglihatan termografik dan penglihatan waktu malam, sistem inframerah, serta dua skrin 12 inci Garmin.
 

Ripsaw


Ketiga, ia masih mampu memuatkan empat orang dengan selesa pada satu-satu masa, terima kasih kepada empat tempat duduk dengan baris hadapan terdiri daripada kerusi Recaro yang dilengkapi dengan pemanas dan sistem ventilasi.

Keempat, EV3-F4 ini memiliki jarak kelegaan tanah setinggi 510 mm, dan binaan runut poliurethane yang mampu untuk menawan apa jua bentuk muka bumi di hadapan.
 

Ripsaw


Ripsaw EV4-F4 ini datang dengan enjin 6.6 liter diesel turbo Duramax V8 yang mampu menghasilkan 800 kuasa kuda dan 2,033 Nm (!) bagi menggerakkan badan seberat 4.5 tan ini.

Menurut Howe & Howe, meskipun berat akan tetapi Ripsaw ini merupakan salah satu kenderaan berunut yang terpantas di dunia, dengan kelajuan tertinggi mencapai 97 km/j.

Ketika artikel ini ditulis, masa bidaan kini tinggal dua hari sahaja dengan harga yang masih lagi kekal pada angka $425,000.
 

Ripswa


Mahu mencuba nasib?

Sumber: Hemmings