RM14.7 juta sehari - nilai tuntutan insuran untuk kes kemalangan jalanraya

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Industri insuran negara dilaporkan membayar dalam anggaran RM14.7 juta sehari untuk tuntutan kes kemalangan jalanraya.

Ini dilaporkan oleh The Sun Daily yang mewawancara Pengerusi Insurans Am Malaysia (PIAM), Antony Lee.

Antony berkata walaupun jumlah itu tinggi, lebih merunsingkan ialah jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya setiap hari.

Nilai tuntutan tersebut termasuk kes kerosakan hartabenda, kecederaan diri (bodily injury) dan kecurian kenderaan.

Di bawah ialah statistik yang dikongsi beliau.

  • Jumlah tuntutan insuran kenderaan yang dibayar tahun 2017 - RM5.38 billion.
  • Jumlah premium yang dipungut oleh syarikat insurans dalam tahun 2017 - RM8.32 billion (meningkat dari RM8.16 billion dalam tahun 2016)
  • Jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya tahun 2012 - 6,917 kes
  • Jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya tahun 2016 - 7,152 kes
  • Jumlah kerugian ekonomi pada negara untuk satu kematian - RM2 juta ke RM3 juta
  • Jumlah kematian tertinggi bagi lelaki muda yang menunggang motosikal untuk tahun 2012 - 4,178 orang
  • Jumlah kematian tertinggi bagi lelaki muda yang menunggang motosikal untuk tahun 2016 - 4,485 orang

Antony kemudian menerangkan bahawa pembonceng motosikal menerima risiko paling tinggi kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk berpegang dan mereka juga tidak nampak apa yang terjadi di hadapan mereka.

 

 

Jumlah kemalangan jalanraya yang tinggi diakibatkan oleh dua faktor -

  1. Risiko tinggi yang sanggup diambil oleh pemandu/penunggang kenderaan
  2. Sikap "tidak mengapa" oleh pengguna jalanraya.

Contoh yang diberikan ialah bila lampu bertukar menjadi kuning, pengguna jalanraya Malaysia tidak memperlahankan kenderaan tetapi melajukannya.

"Ini berbeza dari pengguna jalanraya di negara-negara lain," ujarnya.

Di Australia, Eropah dan negara-negara maju, pemandu dan penunggang sangat risau akan kehilangan lesen tetapi di Malaysia, tiada apa yang patut ditakutkan kerana mereka berfikir tiada apa yang akan berlaku.

 

 

"Malaysia kini berada di tangga ketiga untuk jumlah kemalangan jalanraya tertinggi di Asean dan kita sebenarnya tidak begitu jauh dari naib juara carta itu, Vietnam," sambung Antony.

Thailand masih kekal di tangga pertama.

PIAM menyasarkan jumlah kemalangan jalanraya turun sebanyak 20 peratus tahun ini dan 50 peratus menjelang tahun 2020.

Antony berkata setiap agensi kerajaan dan bukan kerajaan patut menggembeling tenaga dalam isu ini dan berbincang bagaimana jumlah kemalangan boleh diturunkan.

Beliau juga percaya jika penguatkuasaan ditingkatkan, pengguna akan lebih takut dan bersikap lebih berdisiplin di jalanraya.

"Bila industri insuran sudah diliberalisasikan nanti, mereka yang sering melanggar undang-undang mungkin terpaksa membayar premium tahunan yang lebih tinggi. Ini akan membantu menurunkan jumlah kemalangan," harap Antony.

 

* Berita asal dari The Sun Daily

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kerugian akibat banjir, sila rujuk senarai semak untuk memastikan syarikat insurans anda boleh…
Berita Domestik
Sebelum ini, MyCC mendakwa PIAM dan 22 syarikat insurans am lain telah melanggar Seksyen 4 Akta…
Berita Domestik
Bagaimanapun tuntutan berkenaan hanya boleh dibuat ke atas kenderaan persendirian yang diiringi…