RM32.8 juta peruntukan, laksana penyelenggaraan Lebuhraya Pan Borneo

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan sejumlah RM32.8 juta setahun bagi melaksanakan penyelenggaraan rutin di Lebuhraya Pan Borneo secara berperingkat mengikut serahan selepas kontrak projek itu siap sepenuhnya.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu telah mengambil kira kebolehlaksanaan tahun semasa bagi memastikan jalan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk digunakan.

“KKR  akan melantik Syarikat Konsesi melalui perjanjian penswastaan sebagaimana Jalan Persekutuan yang lain bagi menjalankan kerja – kerja penyenggaraan, terdiri daripada kerja rutin sepanjang tahun, kerja berkala turapan, kerja berkala bukan turapan dan kerja kecemasan mengikut kelulusan dari semasa ke semasa.

“Di bawah skop kerja penyelenggaraan rutin, pihak konsesi yang dilantik perlu melakukan rondaan pemeriksaan rutin jalan persekutuan dengan kekerapan dua kali seminggu.

Jelasnya ia bagi memastikan jika terdapat sebarang kerosakan jalan seperti jalan berlubang, kerja tampalan lubang hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selaras dasar pihaknya yang melancarkan sifar lubang atau zero pothole KKR di Jalan Persekutuan seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju mengenai perancangan jangka masa panjang kementerian melibatkan urusan pengendalian lebuhraya, jenis penyelenggaraan jalan dan jumlah peruntukan untuk menyelenggara Lebuhraya Pan Borneo setelah siap projek berkenaan.

Menurutnya lagi, penalti juga akan dikenakan terhadap syarikat konsesi sekiranya tindakan yang diambil melebihi tempoh ditetapkan.

Nanta berkata, bagi membaik pulih jalan yang kritikal, program penyenggaraan turapan turut disediakan berdasarkan notis kerosakan (NOD) yang disediakan oleh syarikat konsesi penyenggaraan.

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhammad Rizal Alias berkata dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu,…
Berita Domestik
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Bagi Fasa 1B pula, baki 19 pakej kerja sedang dilaksanakan dengan status kemajuan semasa 3.06…