RM338.5 juta untuk naik taraf Jambatan Marang, dijangka siap pada Oktober 2025

oleh SALINA JALIL|
lakaran projek Jambatan Marang
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM338.5 juta bagi menaik taraf Jambatan Marang di sini yang telah berusia 62 tahun.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek pembangunan yang bermula 9 Disember 2021 itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2025 sekali gus meredakan kesesakan lalu lintas di bandar ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, kerja-kerja naik taraf itu melibatkan jalan sedia ada sepanjang 1.5 kilometer dan dua jambatan yang diganti kepada empat lorong di samping pembinaan jejambat serta sistem perparitan.

 

“Bancian lalu lintas pada 2020 mendapati, sebanyak 31,387 kenderaan melalui Jambatan Marang dalam sehari.

 

“Bagaimanapun, struktur jambatan ini tidak lagi mampu menampung kenaikan beban trafik di masa depan yang melibatkan isu keselamatan pengguna,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pecah tanah projek naik taraf Jambatan Marang di Marang, semalam.

 

Fadillah berkata, projek penggantian jambatan itu sememangnya dinantikan rakyat Marang dan bakal memberi manfaat kepada penduduk.

 

Katanya, apabila siap kelak, projek itu dapat menjimatkan masa perjalanan sehingga 20 minit pada waktu puncak berbanding sebelumnya.

 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kementeriannya memperuntukkan kira-kira RM971 juta bagi pelaksanaan projek pembangunan di Terengganu pada tahun ini.

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Laluan ini termasuk bahagian yang ditinggikan sepanjang kira-kira 1.4 km yang melibatkan empat…