Model yang hampir mustahil untuk dilihat ini sedang ditawarkan oleh F1rst Motors, sebuah pengedar yang biasanya lebih dikenali menjual jentera eksotik Eropah, kini mempamerkan restomod emas Jepun ini.

Dibina Semula Oleh Nismo – Bukan Sekadar Restorasi
Apa yang buat model ini benar-benar istimewa? Ia adalah projek restomod rasmi oleh Nismo, dibina semula dari A sampai Z di kilang Omori Factory, Jepun. Pembeli perlu sediakan GT-R dalam keadaan terbaik dan Nismo akan ubah sepenuhnya jadi Clubman Race Spec, mengikut spesifikasi prestasi dan permintaan pelanggan.

Model ini dilengkapi enjin RB26DETT R2 versi bina semula dengan spesifikasi tinggi, menghasilkan 450hp dan 475Nm, digandingkan dengan kotak gear manual 6-kelajuan dan sistem pacuan semua roda ATTESA E-TS Pro.

Visual Setanding Z-Tune, Dalam Warna Midnight Purple III
Secara visual, model ini memakai kit badan yang diinspirasikan daripada GT-R Z-Tune, termasuk panel gentian karbon dan diffuser agresif. Lagi padu, seluruh badan disalut dalam Midnight Purple III, warna paling ikonik dan mitos dalam sejarah Skyline.
Kaliper brek emas, rim tempa khas, dan trim karbon menyempurnakan rupa yang tak perlu diterangkan cukup sekali pandang, peminat Skyline tahu ini bukan GT-R biasa.

Hanya 40,747 km, Tapi Harga Bakal Cakar Langit
Unit yang ditawarkan mencatat 40,747 km pada odometer, namun tak jelas sama ada ia jarak sejak mula atau selepas diolah semula oleh Nismo.

Harga? Tiada angka rasmi, tapi sumber menyebut harga boleh cecah USD 800,000 (~RM3.77 juta) dan jika pembeli yang betul muncul, ia boleh melonjak melebihi USD 1 juta (~RM4.7 juta)

Fakta Ringkas Nismo R34 GT-R Clubman Race Spec:
-
Unit global: 19 sahaja
-
Enjin: 2.6L twin-turbo RB26 R2 rebuilt (450hp / 475Nm)
-
Gearbox: Manual 6-kelajuan
-
Warna: Midnight Purple III
-
Kit badan: Inspirasi Z-Tune
-
Prestasi: Penuh gentian karbon + brek high-performance
-
Odometer: 40,747 km
