RMK12 - Habuan untuk kereta elektrik tetapi mungkin bukan untuk semua?

oleh HEZERI SAMSURI|
Rancangan Malaysia ke-12 bakal memberikan habuan-habuan dalam bentuk insentif wang ringgit dan keistimewaan untuk menjemput konsumer Malaysia berpindah ke kenderaan elektrik (EV).

Selepas disogok dengan berita-berita kemajuan industri EV dan juga keputusan pro EV oleh negara-negara jiran, ramai pengguna kenderaan di Malaysia sudah mula berubah sikap - dari terus menganggap EV adalah kenderaan sia-sia, kepada kebarangkalian kenderaan baharu mereka seterusnya ialah sebuah EV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini satu petanda bagus, dan kritikan-kritikan dari netizen dan media, akhirnya kerajaan Malaysia sudah mahu berubah untuk menerima EV dan juga untuk mengubah halatuju penjanaan tenaga negara.

Insentif dan habuan yang bakal diterima pernah kami laporkan di sini dan kami yakin, ia tidak akan lari jauh dari cadangan-cadangan ini.

Anda boleh baca laporan itu di sini:

https://careta.my/article/insentif-tol-parkir-dan-cukai-untuk-pembeli-dan-pengguna-ev-malaysia-bakal-diumum-julai-ini

 

 

Namun begitu, kita perlu akur bahawa harga EV sekarang belum boleh serendah sebuah Proton Saga atau Perodua Axia. Malah, saya tak yakin akan ada EV yang boleh diletakkan di bawah harga RM100,000 pun lagi sekarang, kecuali EV saiz super mini dengan kelajuan 60kmsj dan jarak perjalanan 80km dengan sekali caj yang akan membuatnya tidak praktikal di jalanraya Malaysia.

Masalah EV masih terletak pada kos pembuatan bateri yang masih tinggi, dan jika Malaysia masih tidak mahu berubah dan menurunkan kadar cukai bagi komponen alatganti, maka harga bateri gantian dan alatan lain akan tetap tinggi.

Walaupun bateri di dalam EV sekarang ini mampu bertahan 10 tahun atau lebih, peluang untuk pemilik menggantikan bateri sedia ada dengan bateri yang lebih baik patut diwujudkan agar ekosistem EV menjadi lebih lengkap.

Bengkel-bengkel juga patut diberikan pelepasan cukai untuk membawa masuk EV yang boleh digunakan untuk mereka belajar lebih lanjut tentang kenderaan tersebut.

Mewujudkan perkhidmatan pembaikan ketiga (third party maintenance) pula akan memastikan harga terpakai EV lebih tinggi dan terjamin, seperti apa yang berlaku dengan kenderaan hibrid sekarang. Paling tidak, benarkan pengguna mengubah kenderaan lama mereka dari menggunakan enjin petrol/diesel kepada elektrik. Cadangan ini sudah saya kemukakan melalui video saya dahulu (di bawah artikel ini) dan oleh rakan media yang lain tetapi tidak disambut oleh mana-mana agensi atau kementerian pun. 
 

 

Jadi apa yang saya cuba katakan ini ialah, jangan mengeluh jika walaupun selepas insentif cukai dan sebagainya, harga EV masih lagi tinggi. Saya rasa, harganya masih akan berada di paras RM150,000 untuk yang paling mampu milik.

Buat masa sekarang, EV bukanlah untuk menggantikan kenderaan utama kita. Kita perlu praktikal dalam bab ini, dan EV, walaupun memang boleh dipandu jauh, tetapi tidak begitu praktikal.

EV sekarang lebih sesuai sebagai kenderaan urban, dan itulah yang saya pelajari sendiri selepas tiga tahun memiliki sebuah EV. Ia memang digunakan setiap hari, dan selepas saya memasang pengecaj di rumah, saya tidak pernah menggunakan pengecaj umum di luar.

Untuk perjalanan jauh, saya gunakan kenderaan enjin biasa kerana ia lebih praktikal. Namun begitu, dengan EV sekarang yang lebih moden, nilai praktikalitinya meningkat dengan banyak.

Hyundai Kona EV yang saya pandu uji sekarang memang benar-benar mencuri hati kami sekeluarga. Dengan jarak hampir 500 km dengan sekali caj, ia memang digunakan dengan lebih kerap dan untuk perjalanan lebih jauh tanpa perlu runsing tentang baki caj bateri.

Saya kira jika anda mempunyai sebuah kenderaan besar seperti MPV untuk perjalanan jauh, Hyundai Kona EV ini boleh dijadikan kenderaan harian yang "perfect".

Tak perlu diservis, tak perlu ke stesen minyak dan paling penting, anda dapat pahala kerana membantu mengurangkan pencemaran udara. Bab yang terakhir itu, saya rasa tak pernah disebut oleh ramai bukan?


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…
Berita Global
Keputusan itu telah mewakili dunia sebenar EV dalam kecekapan penggunaan dan dijangka membantu…