RNF MotoGP Racing Team taja Hakim Danish, Danial Syahmi

oleh Penyumbang Rencana|
Pasukan RNF MotoGP Racing Team akan menjadi penaja bagi pelumba muda ZK Racing, Muhammad Hakim Danish Ramli dan Danial Syahmi Ahmad Shahril yang akan membuat penampilan di Red Bull MotoGP Rookies Cup bermula 25 Mac hingga 10 Sept ini.


ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan penajaan menerusi prinsipal pasukan RNF MotoGP Racing Team Datuk Razlan Razali itu merangkumi perbelanjaan perjalanan dan perkhidmatan hospitaliti di seluruh Eropah bagi musim ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pusingan itu akan bermula hujung tahun ini, Razlan sentiasa berdedikasi daripada permulaan Program Road To MotoGP di Malaysia dan telah memberi sokongan kepada Hakim Danish dan Danial Syahmi sejak awal karier mereka," menurut kenyataan itu.

 

Sementara itu, Danial Syahmi, 21, berkata tajaan berkenaan membantu dalam perjalanan kariernya selain bersedia memberikan yang terbaik dalam perlumbaan musim ini.

 

"Saya akan memastikan diri saya kekal berdaya saing dalam kejuaraan ini," katanya.

 

Hakim Danish, 16, pula menjanjikan prestasi yang kompetitif bagi musim pertamanya dalam kejohanan berkenaan.

 

Red Bull MotoGP Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan bagi penunggang muda tidak berpengalaman dalam Grand Prix motosikal.

 

Bernama

Berita Berkenaan

MotorGP
RNF Racing, yang diterajui Razlan merupakan sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada…
MotorGP
Disebabkan itu juga, Sepang Racing Team akan dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing dengan…