Sembilan unit kenderaan tersebut termasuklah Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.
Kempen ini boleh disertai di kesemua 90 pusat pameran di seluruh negara bermula Ogos sehingga September 2019.
Pelbagai acara yang menarik menanti para pelanggan Honda yang melayakkan mereka menerima tiket untuk menyertai cabutan bertuah, termasuklah mencari gambar tersembunyi, pandu uji, dan servis kenderaan Honda.
Manakala para pelanggan yang berjaya mendaftarkan kenderaan bermula 1 Ogos sehingga 22 September 2019 turut layak untuk menyertai cabutan bertuah yang disediakan.
Lebih banyak tiket, lebih banyak peluang untuk anda memenangi unit cabutan bertuah yang disediakan.
Semenjak ditubuhkan pada tahun 2002, Honda Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan seperti model pemasangan pertama CKD, selain menjadi syarikat non-nasional pertama di Malaysia di dalam beberapa segmen kenderaan.
Tambahan pula, Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang memperkenalkan model Sport Hybrid i-DCD bermula tahun 2004 sehingga sekarang.
Pencapaian ini tidak akan bermakna tanpa sokongan daripada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.