Robotex 2019 - batu loncatan ke arah Industri 4.0

oleh Mohamad Hanif|
31 Julai yang lalu telah menjadi tarikh bersejarah apabila pameran robotik dan automasi Malaysia pertama telah diadakan, iaitu Persidangan dan Pameran Robotik & Automasi Antarabangsa Malaysia atau Robotex.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Edisi sulung Robotex yang dianjurkan oleh One Robotex Sdn Bhd dengan kerjasama MARii ini telah meneirma pengiktirafan meluas daripada organisasi kerajaan seperti Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) serta 18 organisasi kerajaan, swasta, tempatan serta antarabangsa.

Terdapat kira-kira 200 pempamer dari Malaysia, Korea,dan Singapura yang menyediakan pameran produk dan teknologi yang komprehensif seperti IoT, Kecerdasan Buatan, Automasi dan banyak lagi. 
 


Dalam acara yang disempurnakan oleh Dato' Madani itu, beliau percaya Robotex 2019 ini mampu menjadi batu loncatan untuk memulakan strategi automasi bagi menyampaikan produk dan perkhidmatan dengan ketepatan yang tinggi serta kos yang efektif.

Menurut pengarah Urusan One International Group, Roger Lim  berkata, "saya berharap agar maklumat yang diperoleh dari Robotex 2019 digunakan sepenuhnya oleh para pemegang kepentingan industri dalam mengenali trend terkini di dalam sektor robotik dan automasi.

 


Selain daripada itu, terdapat Persidangan Robotex: Ekonomi Masa Hadapan yang dianjurkan bersama oleh Malaysia Robotics & Automation Society (MyRAS) yang merangkumi topik seperti Fasiliti Kerajaan, Soft Loan, Dasar Perdagangan, Teknologi serta Pengeluaran Aditif yang berkaitan dengan Robotik & Automasi. 
 

Maklumat lanjut boleh didapati di www.robotex.my