Robotiz3d - robot pintar mampu baiki jalan raya!

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, University of Liverpool mengumumkan satu projek Robotiz3d dengan kerjasama A2e Ltd bagi membangunkan robot pintar Autonomous Road Repair System (ARRES).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Matlamat utama Robotiz3d Ltd ini cuma satu - menggunakan kepintaran buatan dan teknologi robotik dalam usaha untuk menangani masalah di jalan raya seperti lubang jalan dan keretakan.

Menurut kenyataan universiti tersebut, sistem autonomi ini mampu untuk mengesan dan menentukan kadar kerosakan jalan raya, dan membaiki kerosakan tersebut dengan segera sebelum ia menjadi lebih teruk dan membahayakan keselamatan pengguna.

Walaupun teknologi autonomi mampu menunjukkan peranan yang cukup penting, ia juga hadir dengan cabaran yang tersendiri.

Menurut Alain Dunoyer, ketua unit Autonomous Technology Research & Consulting di SBD Automotive dalam satu emel balasan kepada CNBC menjelaskan, terdapat beberapa limitasi dan halangan dalam usaha untuk menggunakan kenderaan autonomi untuk menjalankan proses mengesan dan membaiki jalan raya.

 


"Kebanyakan kenderaan baharu kini mempunyai perkakasan yang mampu untuk mengesan kondisi jalan raya (kamera, radar, GPS), serta perisian yang bersesuaian.

Namun, informasi ini kebanyakannya tidak dikongsi kepada pihak berkuasa, dan dari sudut yang berbeza, kebanyakan pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan proses penyelenggaraan jalan yang asas.

"Dengan memberitahu pihak berkuasa tempatan berkenaan lokasi lubang jalan tidak akan membantu, ini kerana isu ini bukan berpunca daripada kekurangan informasi, akan tetapi kekurangan dana.

Malah, penggunaan teknologi autonomi untuk mengurangkan kos pembaikan juga 'amatlah sukar' menurut Dunoyer lagi.

Tambah beliau, jika harga kos tersebut mampu dikurangkan, ditambah pula dengan dana yang mencukupi, teknologi ini mampu untuk membantu pihak berkuasa tempatan mengatasi masalah yang lebih besar, seperti kebocoran paip air, tiang telekomunikasi dan lampu isyarat.

Sumber: CNBC