Roda yang tertanggal dan berasap itu kemudianya jatuh dan melantun di kawasan berumput di lapangan terbang tersebut.
Ia kemudian ditemui di ladang anggur di luar lapangan terbang di selatan Itali itu selepas ia melantun jatuh dari pesawat berkenaan.
Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan ke Charleston, North Carolina, Amerika Syarikat (AS).
Walaupun mengalami kerosakan, pesawat itu selamat mendarat di AS.
Dalam pada itu, Boeing memberitahu Simple Flying bahawa penerbangan kargo Dreamlifter itu dikendalikan oleh Atlas Air dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Charleston selepas kehilangan roda semasa berlepas dari Lapangan Terbang Taranto-Grottaglie di Itali.