'Roh' Crown kini mendiami Vellfire pula

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini kita telah pun melihat pengenalan rasmi crossover yang menggunakan nama Crown, iaitu Crown Kluger yang bakal dilancarkan di pasaran China.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun, kejutan tidak terhenti setakat itu apabila nama Crown yang sinonim dengan sedan premium itu kini ditampalkan pada minivan terkenal, Vellfire.

 


Toyota Crown Vellfire ini menggunakan asas daripada Vellfire Z G Edition yang dijual di pasaran Jepun, menampilkan rupa paras yang lebih agresif.

Selain daripada bampar yang menampilkan terlalu banyak elemen krom, ia turut dipasangkan dengan logo Crown pada bahagian hadapan, menggantikan logo asal Toyota.

 


Kemasan ruang dalaman juga didatangkan terus daripada model Alphard, seperti konfigurasi tempat duduk baris kedua dan ketiga dengan trim warna yang serupa, sementara logo Crown pula ditampilkan pada sistem infotainmen yang besar di bahagian tengah.

Roda stereng walau bagaimanapun tidak mendapat logo Crown.

 


Toyota Crown Vellfire untuk pasaran China hanya hadir dalam versi hibrid sahaja, iaitu enjin 2.5 liter yang berupaya menghasilkan 150 PS dan 206 Nm.

Dengan kehadiran dua buah model Crown pada crossover Crown Kluger dan Crown Vellfire, adakah ia merupakan satu pendekatan baharu Toyota dalam menawarkan subjenama mewah selain daripada jenama Lexus?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dengan memiliki edisi ini, pemilik tidak perlu ke kedai balutan untuk mendapatkan warna badan…
Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…
Berita Global
Atau mungkin anda lebih kenal dengan namanya yang asal seperti yang pernah kami laporkan sebelum…